JMTIWhen I came back from Ipoh this evening, I saw that Fadhli 5T5 had posed a question for me in the chatterbox. He had asked me if I knew what JMTI was. Initially, I had wanted to go ask Cikgu Abdul Hakim, our counsellor, tomorrow but then I decided to do a web search and found out the following details for him. Since this has to do with an education of higher learning institution that students can apply to, I am posting the information I found here for Fadhli and other students as well.
Japan Malaysia Technical Institute, JMTi (Affiliated to Jabatan Tenaga Manusia)
Sejak tahun 1990, Malaysia telah mengalami pertumbuhan ekonomi ekoran kejayaan polisi kerajaan dalam menarik pelaburan luar. Pertumbuhan yang pesat ini mewujudkan bidang-bidang industri baru, sekaligus meningkatkan keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi.Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000), Malaysia telah bergerak ke arah industri berteknologi tinggi. Justeru itu struktur industri mesti disemak untuk mengukuhkan sektor pembuatan negara dan menarik lebih banyak pelaburan dari luar. Rancangan baru untuk pembangunan sumber manusia telah disediakan untuk memenuhi kehendak dan keperluan sektor pembuatan, di samping menambahkan peningkatan kemahiran pekerja-pekerja industri supaya mereka mempunyai kemahiran yang selaras dengan keperluan era teknologi tinggi.Jabatan Tenaga Rakyat di bawah Kementerian Sumber Manusia sentiasa sensitif terhadap pertumbuhan industri dan telah mengambil langkah-langkah positif dengan menubuhkan pusat latihan berteknologi tinggi; salah satu daripadanya ialah Institut Teknikal Jepun-Malaysia. Pada tahun 1993,cadangan untuk membina institut ini telah disuarakan oleh kerajaan Malaysia kepada kerajaan Jepun. Persetujuan untuk menubuhkan kerjasama teknikal telah ditandatangani oleh kedua-dua kerajaan pada tahun 1997.Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) telah mula beroperasi pada awal tahun 1998 di kampus sementara, CIAST Shah Alam. Institut ini dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan program latihan di peringkat Diploma Teknologi. Penubuhannya adalah menerusi kerjasama teknikal antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun hasil persetujuan dua hala yang dimeterai pada 7 Oktober 1997. Bermula Januari 2000, JMTI telah melaksanakan sepenuhnya program latihan di kampus tetapnya yang dibangunkan di atas tanah seluas 6.5 hektar di Taman Perindustrian Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang. Sejajar dengan itu, JMTi telah menawarkan Program Diploma Teknologi Kejuruteraan dalam empat bidang iaitu; Diploma Teknologi.
For more information, go to www.jmti.gov.my
No comments:
Post a Comment